SELAMAT DATANG!

Selamat Datang ke blog Tira Cadar. Kami merupakan online shop yang menjual pelbagai jenis cadar secara runcit dan borong. Kami menyediakan variasi cadar seperti cadar bola, cadar pengantin, cadar harian, cadar kartun, cadar katalog dan sebagainya daripada pelbagai size : King, Queen dan Single.
KEPUASAN PELANGGAN JAMINAN KAMI
Follow kami di blog dan facebook & HAPPY SHOPPING from us!

06 November 2011

Salam Aidil Adha !

Salam semua,


Tira Cadar & Family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali diri Tira Cadar & Family. Tira Cadar juga ingin memohon kemaafan kerana tidak dapt memberikan harga diskaun untuk semua cadar-cadar yang dijual. Pihak kilang telahpun menaikkan harga bagi semua produk. Oleh itu, dukacita dimaklumkan bahawa harga cadar kartun akan dinaikkan pada hari Selasa, 8 November 2011. Berapa yang akan dinaikkan akn diberitahu kemudian. Apalagi, sementara belum dinaikkan, cepat-cepatlah rembat. :)


Untuk pengetahuan semua, pihak kilang akan mengeluarkan cadar kartun bersaiz king, comforter king & juga comforter bersaiz queen. Semuanya cotton 100%. Single & comforter single cotton 100% pun bakal dikeluarkan juga. Bagi yang meminati set yang lama, jangan risau, Tira Cadar masih lagi mengekalkan kualiti cadar dan comforter yang lama.
By the way, Salam Aidil Adha untuk semua.
Jangan lupa baca doa arafah yea semua. Semoga amalan kita diredhai oleh Allah.  Marilah kita ramai-ramai ke masjid atau surau berdekatan mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha esok pagi. Jangan semata-mata ke masjid sekadar nak makan daging qurban.


Gambar Belas Ehsan Facebook


SALAM AIDILADHA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN!


p/s : jangan lupa melawat facebook Tira Cadar di sini dan like page Tira Collection Boutique di sini !

No comments:

Post a Comment